PENGENALAN

Pertumbuhan ekonomi dunia yang pesat dan proses globalisasi telah menjadikan persekitaran ekonomi lebih dinamik dan kompetitif. Situasi ini mewujudkan peluang dan cabaran kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sektor pertanian yang merangkumi industri agromakanan turut berdepan dengan cabaran terutamanya dikala pasca-pandemik Covid-19 ini dan memerlukan transformasi bagi meningkatkan sumbangannya dalam menyokong Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN2.0). Pemodenan pertanian berpacukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), teknologi dan inovasi merupakan pendekatan utama bagi menyokong proses transformasi industri agromakanan. Justeru, Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE) dengan ini mengambil inisiatif dengan menganjurkan Konvensyen Kebangsaaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC 2023). Konferen yang diadakan dapat menggabungkan ahli akademik, pengamal undang-undang, ahli industri serta individu dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan di Malaysia bagi membincangkan teknologi terkini, keperluan dan masalah industri pertanian dan makanan, berkongsi amalan baik pertanian dan makanan serta cadangan penambahbaikan undang-undang terutamanya untuk bidang kejuruteraan pertanian dan makanan.

PENAJA

PENGANJUR

PENGANJUR BERSAMA

OBJEKTIF

Memperkasakan aplikasi kejuruteraan pertanian dan makanan melalui pendekatan yang menyeluruh dalam setiap rantaian nilai pertanian. ​

Menyediakan platform perkongsian maklumat dan teknologi serta perbahasan terhadap dasar-dasar kerajaan berkaitan kejuruteraan pertanian dan makanan secara lebih terperinci dan holistik antara kerajaan dan golongan yang terlibat.

Memperluaskan jaringan hubungan komuniti penggerak kejuruteraan pertanian dan makanan dengan pihak berkepentingan (stakeholder)

TOPIK

YURAN

TARIKH PENTING

PENERBITAN

Manuskrip akan diterbitkan di 'Advances in Agricultural and Food Research Journal ' dan 'Journal Of Agribusiness Marketing'

HUBUNGI KAMI

Urusan pendaftaran, bendahari dan lain-lain

nafec2023@gmail.com

Urusan pembentangan dan penerbitan

scientificnafec2023@gmail.com

Lokasi kami: