PENGENALAN MSAE

Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE)

Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia atau “Malaysian Society of Agricultural and Food Engineers” (MSAE) telah ditubuhkan pada tahun 1982 dan pada tahun 1984 telah didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). MSAE merupakan sebuah organisasi profesional teknikal yang dianggotai oleh mereka yang bergiat aktif dalam kerjaya yang berkaitan dengan aspek-aspek kejuruteraan dan teknologi dalam industri pengeluaran pertanian, makanan serta sumber-sumber bahan biologi yang berkaitan. Bidang Kejuruteraan Pertanian dan Makanan boleh didefinasikan secara ringkas sebagai sebuah disiplin kejuruteraan yang mengguna prinsip-prinsip kejuruteraan serta sains dalam merekabentuk sistem yang selamat, cekap serta mapan untuk pengeluaran, pemproses dan pengurusan pertanian, makanan serta sumber bahan-bahan biologi. 

  

Matlamat MSAE adalah untuk mempromosikan bidang kejuruteraan pertanian & makanan dan kerjaya yang berkaitan dengannya. MSAE akan menjadi platfom bagi menggalakkan kemajuan profesional para ahli, serta mengembangkan peranan, perkongsian dan kerjasama diantara jurutera, saintis dan ahli teknologi yang terlibat di dalam sektor pertanian dan makanan. Selain itu, MSAE juga turut bertindak untuk meluaskan penglibatan jurutera pertanian dan makanan di dalam isu keselamatan makanan negara.

Dengan mengambil matlamat penubuhan MSAE sebagai inspirasi, aktiviti yang dilaksanakan oleh MSAE adalah bersifat global. Pelbagai aktiviti seperti seminar, bengkel dan forum telah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan, pengetahuan serta perkongsian ilmu dan pengalaman diantara ahli. Dalam usaha mempertingkatkan kepentingan sejagat jurutera pertanian, MSAE turut menjalankan kerjasama dengan persatuan yang sama diluar negara seperti Indonesian Society of Agricultural Engineers (ISAE), Thailand Society of Agricultural Engineers (TSAE) dan Philippine Society of Agricultural Engineers (PSAE).

Peranan MSAE

Selaku NGO yang khusus dalam kejuruteraan pertanian dan makanan, MSAE yakin bahawa persatuan ini mampu menjadi platform bagi menyebarkan kesedaran, maklumat, teknologi dan kepakaran pada masyarakat umum serta menyokong polisi kerajaan dalam menjadikan sektor agro-makanan sebagai penyumbang besar dalam KDNK negara. Peranan persatuan seumpananya telah diamalkan dinegara-negara maju seperti American Society of Agricultural and Biological Engineers (ASABE) and Korean Society of Agricultural Engineers (KSAE), Korean Society of Agricultural Machinery (KSAM) and Taiwan Agricultural Engineers Society (TAES).

Ahli MSAE

Semua jurutera-jurutera yang terlibat dengan aktif dalam industri berasaskan pertanian dan makanan boleh menjadi ahli MSAE manakala saintis-saintis dan teknologis boleh menjadi ahli bersekutu. 

Laman Web MSAE

Sila klik di sini untuk mengetahui info lanjut berkenaan MSAE